Friday 17 January 2014



Pertamanya, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga diri ini menghasilkan satu 'blog' yang tidaklah sehebat antum dan antunna semua. Buat permulaan... Hehe..

Bersemperna bulan maulidur Rasul ni, jom pakat2 selawat ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.


Bila antum dah baca, dapat pahala. Sedikit pun takpe, asalkan istiqamah. Janganlah hari ni kita selawat 1000x, esok dah tak selawat dah. Tak boleh la macam tu kan. Yang penting, kita kena istiqamah dalam setiap perbuatan kita. Sebelum tu, takpe la ye guna ayat tak format. Tak nak berformal sangat. Haha.

Rasa cukup setakat ini dahulu, mudah-mudahan Allah beri kekuatan pada ana untuk menjadikan medium BLOG ini sebagai medium dakwah. Nak dakwah, tak semestiya kita kena alim dahulu. Tak kisah la kita ni tk dapat title "ustaz" pun, yang penting sama2 kita amalkan apa yang nabi sabda iaitu maksudya: 

"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat". 

Perkara yang baik walaupun kecil di mata orang lain, sampaikanlah ia dan saling memperingati antara satu sama lain. Mudah-mudahan apa yang kita usahakan dapat ganjaran daripada Allah S.W.T

Setakat ni sahaja deh, Assalamualaikum...